Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau merupakan sebuah perjanjian perdagangan bebas di rantau Asia Pasifik antara 10 negara anggota ASEAN (
Brunei,
Kemboja,
Indonesia,
Laos,
Malaysia,
Myanmar,
Filipina,
Singapura,
Thailand, dan
Vietnam) dan lima negara rakan kongsi perdagangan bebas mereka —
Australia,
China,
Jepun,
New Zealand, dan
Korea Selatan. 15 negara anggota merangkumi kira-kira 30% daripada populasi penduduk dunia dan 30% KDNK dunia, menjadikan ia menjadi
blok perdagangan terbesar.
[1] Ia ditandatangani di Sidang Kemuncak ASEAN yang dianjurkan secara maya dengan Vietnam sebagai tuan rumah pada 15 November 2020,
[2][3] dan dijangka memberi kesan dalam tempoh dua tahun selepas semua negara anggota meratifikasi perjanjian ini.
[4]Blok perdagngan yang merangkumi campuran negara
[5] berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah ini mula diperkatakan sejak Sidang Kemuncak ASEN 2011 di Bali
[6], sementara perundingan rasmi mula dilakukan pada Sidang Kemuncak ASEAN 2012 di Kemboja. pertama kali disarankan pada 2012
[7]RCEP merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama antara China, Jepun dan Korea Selatan (tiga daripada 4 negara ekonomi terbesar di Asia) dan perjanjian perdagangan bebas multilateral pertama yang melibatkan China.
[8] Dalam waktu ia ditandatangani, para penganalisis ekonomi menjangkakan ia akan membantu merangsang semula pertumbuhan ekonomi di waktu
pandemik COVID-19, dan "menarik tumpuan ekonomi dunia kepada Asia."
[5]